
Ali Khamenei meninggal dunia pada usia 86 tahun. Foto Agensi
TEHERAN – Teka-teki tentang nasib Pemimpin Agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei akhirnya terjawab selepas beberapa media tempatan mengesahkan beliau gugur syahid dalam serangan bersama dilancarkan Amerika Syarikat (AS) dan Israel pada Sabtu.
Agensi berita Fars memaklumkan anak perempuan, menantu dan cucunya turut terkorban dalam insiden tersebut.
“Pemerintah telah mengisytiharkan tempoh berkabung selama 40 hari dan tujuh hari cuti umum,” menurut laporan.
Bagaimanapun, tiada butiran lanjut tentang kematiannya selepas ia dilaporkan rangkaian media Barat memetik catatan dibuat Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump di platform Truth Social.
“Beliau sedang ‘bertugas’ di pejabatnya ketika kompleks kediamannya dibedil,” jelas laporan itu lagi.
Selain itu, media tempatan turut mengesahkan kempen pengeboman ke atas sebuah sekolah di selatan Iran telah meragut sekurang-kurangnya 108 nyawa dan 201 terbunuh dalam gelombang serangan dilancarkan ke atas 24 wilayah di seluruh negara. – Agensi
Ringkasan AI
- Teka-teki tentang nasib Pemimpin Agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei terjawab apabila beliau gugur syahid dalam serangan AS dan Israel
- Anak perempuan, menantu dan cucu Ayatollah Ali Khamenei turut terkorban
- Pemerintah Iran mengisytiharkan tempoh berkabung selama 40 hari dan tujuh hari cuti umum
- Tiada butiran lanjut tentang kematiannya setelah diumumkan
- Serangan tersebut juga meragut sekurang-kurangnya 108 nyawa di sebuah sekolah dan 201 terbunuh dalam serangan ke atas 24 wilayah di Iran



