Media Prima Bhd meriahkan perarakan Hari Kebangsaan 2025

Media Prima Bhd meriahkan perarakan Hari Kebangsaan 2025

am@hmetro.com.my

Putrajaya: Media Prima Bhd (Media Prima), kumpulan media bersepadu terbesar di Malaysia, mencerminkan semangat patriotisme tinggi apabila menyertai perarakan sambutan Hari Kebangsaan 2025.

Menyertai perarakan gabungan kumpulan stesen penyiaran, seramai 22 kakitangan syarikat itu daripada pelbagai jabatan berarak melalui laluan utama lokasi acara terbabit bersama wakil syarikat media utama negara.

Peserta perarakan Media Prima diketuai wakil Jabatan Sumber Manusia, Mohd Irfan Abd Rahman.

Setiap peserta membawa dan mengibarkan Jalur Gemilang, manakala beberapa yang lain turut memegang kain rentang tertera logo Media Prima.

Selain Media Prima, kumpulan perarakan itu disertai stesen penyiaran tempatan lain, antaranya Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) dan Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Kumpulan itu adalah antara peserta di bawah Kontinjen Penyiaran dan Industri Kreatif yang disertai 320 orang.

Pada sambutan tahun ini, 10 maskot bersama 40 pengiring membuat penampilan bagi Kontinjen Industri Kreatif dan Penyiaran, termasuk maskot animasi pilihan ramai, Ejen Ali.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top