MEF Tegur Cadangan Perluas WFH, Bimbang Ganggu Operasi Banyak Sektor Industri

MEF Tegur Cadangan Perluas WFH, Bimbang Ganggu Operasi Banyak Sektor Industri

Trending

MEF ulas cadangan perluas WFH, banyak sektor masih perlukan pekerja di pejabat.


Hangat diperkatakan hari ini mengenai cadangan untuk memperluaskan amalan bekerja dari rumah (WFH) di Malaysia.

Cadangan ini turut menarik perhatian Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil di mana kerajaan akan membincangkan cadangan di mesyuarat khas esok.

BACA: Cadangan WFH Penjawat Awam Akan Dibincang Dalam Mesyuarat Kabinet Khas

Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) bagaimanapun berpendapat pendekatan tersebut tidak sesuai dilaksanakan secara menyeluruh kerana setiap sektor mempunyai keperluan kerja yang berbeza.

Menurut Presiden MEF, Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman, banyak industri masih memerlukan pekerja hadir secara fizikal di tempat kerja bagi memastikan operasi harian berjalan lancar dan produktiviti tidak terjejas.

Banyak sektor perlukan kehadiran fizikal

Wfh

Beliau menjelaskan bahawa sektor seperti pembuatan, perkilangan, logistik, peruncitan serta perkhidmatan fizikal tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada kaedah kerja jarak jauh.

Tambahnya lagi, keputusan untuk melaksanakan bekerja dari rumah atau BDR seharusnya berada di bawah kuasa majikan kerana ia bergantung kepada faktor operasi syarikat, tahap penggunaan teknologi serta jenis tugas pekerja.

Pendekatan one-size-fits-all berpotensi menjejaskan kelancaran operasi perniagaan dan daya saing syarikat, terutamanya bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang mempunyai kapasiti teknologi dan sumber terhad.

Syed Hussain turut berpandangan bahawa jika cadangan bekerja dari rumah dikaitkan dengan risiko gangguan bekalan tenaga atau peningkatan kos akibat konflik geopolitik di Asia Barat, ia sebenarnya bukan penyelesaian utama kepada isu tersebut.

Menurutnya, konflik geopolitik biasanya memberi kesan kepada rantaian bekalan global serta meningkatkan kos bahan api dan kos pengeluaran, yang tidak semestinya dapat diatasi melalui kaedah bekerja dari rumah.

WFH perlu garis panduan fleksibel

Sehubungan itu, MEF mencadangkan sekiranya kerajaan ingin menggalakkan pelaksanaan WFH, pendekatan terbaik adalah melalui garis panduan yang fleksibel dan bukannya mewajibkannya kepada semua sektor.

MEF juga berpendapat bahawa sebarang dasar berkaitan peluasan WFH perlu dibincangkan melalui dialog tiga pihak melibatkan kerajaan, majikan serta pekerja atau kesatuan.

Langkah ini penting supaya dasar yang diperkenalkan lebih realistik dan tidak menambah beban kos serta pentadbiran kepada syarikat.

Pssttt! Isu WFH sebenarnya bukan sekadar soal keselesaan pekerja tetapi turut melibatkan kelangsungan operasi syarikat. Setiap industri mempunyai cabaran tersendiri, jadi pendekatan fleksibel mungkin lebih sesuai berbanding pelaksanaan secara menyeluruh. Apa yang penting, keseimbangan antara produktiviti, kebajikan pekerja dan kelangsungan perniagaan perlu dijaga supaya semua pihak mendapat manfaat.

Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top