Mekanik edar 200 kg methamphetamine diarah bela diri

Mekanik edar 200 kg methamphetamine diarah bela diri

am@hmetro.com.my

Tawau: Mekanik diperintah membela diri oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini atas pertuduhan mengedar hampir 200 kilogram (kg) dadah jenis methamphetamine, dua tahun lalu.

Perintah itu diputuskan Hakim Datuk Dr Lim Hock Leng selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Tai Chee Khiong, 51, didakwa mengedar dadah berbahaya jenis methamphetamine seberat 199,950.01 gram.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di kawasan Kampung Batu Payung dekat sini, pada 7.30 malam, 6 September 2021.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan hendaklah jika tidak dijatuhkan hukuman mati dihukum dengan sebatan tidak kurang daripada 15 sebatan, jika sabit kesalahan.

Prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hurman Hussain menampilkan seramai lima orang saksi, sepanjang perbicaraan yang bermula 27 dan November lal, manakala tertuduh diwakili Darmin Acok.

Mahkamah kemudiannya menetapkan esok untuk perbicaraan pembelaannya.

© New Straits Times Press (M) Bhd