“Melayu tahu yang haram hanya b*bi” – PU Syed tegur artis rancak promosi Forex

Pendakwah bebas, PU Syed tampil menegur tindakan artis beragama Islam yang dilihat aktif mempromosikan iklan pelaburan mata wang asing (Forex) secara terbuka di platform media sosial.

Menurut pemilik nama Syed Mohd Bakri Syed Ishak itu, dia menyifatkan figura awam tersebut berani sehingga menolak tepi soal hukum walaupun Forex telah disahkan haram oleh Jabatan Agama Islam negara ini.

“Iklan OctaFX ni semakin rancak dengan sekarang dijemput artis-artis untuk reviewnya. Satu soalan sahaja nak tanya..
“Adakah ianya haram atau halal cara dagangannya?! Sehingga berani-beraninya orang Islam main benda ni dan disebarkan serata?
“Adakah kita nak sambar apa sahaja peluang untuk dapat duit tanpa ambil kira halal dan haram perkara tersebut?!,” tulisnya menerusi satu posting di laman Instagram baru-baru ini.

PU Syed berkata, pihak berkuasa agama perlu mengambil tindakan segera bagi memantau iklan promosi itu sebelum lebih ramai ‘terjebak’ dengan aktiviti trading.

Sumber foto: Google

“Mohon pihak berkuasa agama negeri dan persekutuan pantau perkara ini. Sebab orang Melayu tahu yang haram hanya b*bi.
“Umat Malaya sangat memerlukan keprihatinan pihak berkuasa dengan pantas!! Bingkas menjawab segala isu-isu baru,” katanya.

Sebelum ini, warganet kurang selesa apabila melihat pelakon Fizo Omar dan Wak Doyok sering mempromosikan produk tersebut selain mempersoalkan adakah mereka terdesak sehingga menerima tawaran sebegitu.

Sumber: Instagram PU Syed