Melissa Campbell Berpenampilan ‘Panas’ Undang Komen Nakal Netizen, Ini Respon Tuan Badan | Oh! Media

Melissa Campbell Berpenampilan ‘Panas’ Undang Komen Nakal Netizen, Ini Respon Tuan Badan | Oh! Media

Pelakon cantik, Melissa Campbell mencuri perhatian apabila hadir ke tayangan perdana filem Blood Brothers dengan gaun seksi berwarna hijau yang menampakkan belahan dada.

Menurut laporan Kosmo, ruangan komen media sosial Melissa dibanjiri komen nakal dan lucah daripada netizen tapi dia tetap tenang dan langsung tak ambil hati dengan kritikan tersebut.

Saya perasan komen-komen tu, tapi saya tak tersinggung pun. Bila kita pamerkan diri dengan imej seksi, mestilah ada respons.

Melissa Campbell anggap komen nakal cuma sembang biasa netizen

Menurut Melissa, dia sedar imej seksi pasti mengundang reaksi, tapi percaya ramai netizen cuma nak mulakan perbualan, bukan betul-betul berniat jahat.

Kadang-kadang saya pun balas komen tu secara berseloroh. Saya ada sisi humor dan bukan jenis cepat terasa.

Suami pun fikir benda sama

Melissa yang kini bergelar isteri dan ibu kepada seorang anak lelaki, turut berkongsi bahawa suaminya, Winston Chew, tak kisah dengan gaya penampilannya.

Suami pun fikir perkara sama. Biar netizen je cakap apa mereka nak cakap.

Walaupun penampilan adalah hak peribadi, kita sebagai netizen juga perlu bijak dalam memberi komen. Jangan sampai gurauan bertukar jadi penghinaan. Hormat-menghormati tetap penting, walau di ruang digital!

Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Scroll to Top