Program Melodi Glam Raya Runway yang berlangsung pada Khamis lalu ternyata menyorot perhatian ramai apabila menampilkan pertunjukan fesyen unik di dalam tren MRT sekali gus menghidupkan suasana sepanjang perjalanan dari Stesen MRT Bandar Utama hingga ke Tun Razak Exchange (TRX).
Kemeriahan acara bermula dengan persembahan flash mob oleh bakat One In A Million (OIAM) iaitu Marygrace, Kai Deva, Jimi dan Mariam bersama Rakan Selebriti Watsons, Sharifah Rose dan Fahrin Ahmad.

Sepanjang perjalanan, tetamu turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian termasuk daripada Nabila Razali, selain segmen runway yang menampilkan rangkaian produk penjagaan diri Watsons serta koleksi fesyen Raya daripada jenama tempatan.
Daripada detik orang ramai menanti ketibaan tren sehinggalah kemuncak persembahan di pentas utama, acara berkenaan menggabungkan elemen fesyen, muzik dan hiburan dalam satu pengalaman sambutan Aidilfitri yang penuh glamor.
Malah, sesi pelepasan rasmi (flag off) oleh barisan tetamu kehormat dimulakan sebagai simbolik permulaan perjalanan tren khas Melodi Glam Raya Runway.
Menariknya, setiap produk dan gaya yang diperagakan boleh dibeli terus menerusi fungsi “beg kuning” di TikTok Shop sepanjang siaran langsung berlangsung.
Acara yang dihoskan Ain Edruce dan Fikry Ibrahim itu mencapai kemuncak di pentas utama Stesen MRT Tun Razak Exchange (TRX) dengan persembahan penyanyi popular seperti Aisha Retno, Amir Masdi, Nabila Razali dan Ernie Zakri.


Melodi Glam Raya Runway yang bertemakan “Gaya Raya Glam” turut menampilkan Duta dan Rakan Selebriti Watsons antaranya Ayda Jebat, Che Puan Sarimah dan Mekyun.
Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri pula, tampil dengan aksi pembukaan sebelum Melodi Glam Raya Runway dilancarkan secara rasmi.

Usaha ini juga mencerminkan komitmen Melodi dalam mengangkat bakat serta jenama tempatan, di samping membuka ruang kolaborasi antara dunia fesyen dan hiburan.
Acara berkenaan mendapat sokongan Watsons Malaysia sebagai penaja utama dan TikTok Shop selaku penaja bersama, dengan keseluruhan acara distrim secara langsung menerusi TikTok MBuzz Terhangat.




