Nama pempengaruh terkenal, Cik Epal, kembali menjadi bualan hangat apabila beliau mendedahkan kadar caj servis untuk ulasan serta promosi jenama di media sosial.
Terkejut tengok harga servis Cik Epal

Menerusi tangkap layar IG Story miliknya, Cik Epal mengenakan bayaran bermula dari RM20,000 untuk iklan di IG Story dan paling mahal ada yang mencecah RM100,000 untuk live promosi selama 4 jam di TikTok.
Bagi menjadi duta jenama tertentu, Cik Epal mengenakan bayaran sebanyak RM250,000.
Mahal tetapi hasilnya berbaloi

Walaupun harga ini nampak ‘gila’ di mata netizen, ada yang mempertahankan Cik Epal dengan mengatakan hasil video kerjasamanya memang memberi impak besar kepada sesebuah jenama.
Contohnya, kerjasama beliau dengan Jakel dan Pak Mat Western baru-baru ini mendapat sambutan luar biasa dengan jumlah tontonan yang tinggi.
Ada juga yang menganggap harga tersebut masih munasabah kerana hasilnya terbukti memberi pulangan besar.
Namun, tak kurang juga yang merasakan bayaran tersebut terlalu mahal berbanding bayaran selebriti terkenal lain.
#OhmediaNasihat
Walaupun, harga servis yang dikenakan Cik Epal agak mahal tapi semuanya berbaloi kalau hasil kerjanya baik dan menguntungkan kedua-dua belah pihak.





