“Memanglah 2 Insan Bercinta Bunyinya Indah Belaka, Realitinya Macam Makan Jering” – Fazley Yaakob

“Memanglah 2 Insan Bercinta Bunyinya Indah Belaka, Realitinya Macam Makan Jering” – Fazley Yaakob

Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob meluahkan pandangan peribadinya berkaitan realiti hubungan melibatkan ibu atau bapa tunggal yang disifatkan bukanlah semudah yang disangka.

Menurut Fazley, masih ramai yang kurang memahami cabaran dilalui golongan tersebut apabila ingin menerima kehadiran orang baharu dalam hidup.

“Kepada mereka yang kurang faham keadaan bapa-bapa tunggal (macam saya) dan ibu-ibu tunggal (ramai), bukan senang untuk menerima orang baru didalam hidup masing-masing,” katanya.

Dalam hantaran sama, Fazley mengakui meskipun hubungan cinta dilihat indah pada permulaannya namun, pelbagai cabaran perlu dilalui.

“Memanglah dua insan bercinta bunyinya indah-indah belaka, realitinya macam makan jering. Sampai ke sudah masih rasa kelatnya. Sebab? Bercinta dengan duda/janda bermakna dia orang kena pastikan anak-anak juga boleh terima. Tak mudah ya,” jelasnya.

Tegas pelantun lagu Asmara Ini itu juga, ramai hubungan terpaksa berakhir disebabkan anak-anak tidak dapat menerima kehadiran individu lain dalam kehidupan ibu atau bapa mereka.

“Ramai dah putus cinta pasal anak-anak tak terima parent mereka ada orang baru. So, please support sudah. Jangan condemn!,” ujarnya.

Scroll to Top