Memperingati peristiwa Nakbah Palestin

Memperingati peristiwa Nakbah Palestin

15 MEI merupakan tarikh bersejarah bagi umat Islam khususnya bagi penduduk Palestin. 

Hari Nakba (يوم النكبة) merupakan hari di mana negara haram Israel diisytiharkan secara rasminya selepas mereka mendakwa telah memenangi peperangan yang pada hakikatnya hanyalah merampas negara Palestin. 

Pengisytiharan penubuhan negara haram turut diraikan oleh Zionis laknatullah sebagai hari kemerdekaan bagi mereka.

Pada hari ini, ratusan ribu penduduk Palestin diusir dari tanah air mereka sendiri dan berlindung di Syria, Lubnan, Tebing Barat, Jordan dan Semenanjung Gaza. 

Episod kejam ini juga menyaksikan ribuan nyawa terkorban, rumah-rumah dirobohkan, harta rakyat dirampas, kenderaan awam dimusnahkan serta pelbagai lagi kekejaman yang terbukti meragut hak asasi sebagai rakyat di bumi sendiri.

Sebagai umat Islam, marilah sama-sama kita cakna dengan politik semasa sekali gus menginsafi peranan kita sebagai saudara seagama. 

Hiraukah kita dengan penderitaan mereka atau masih leka mengejar dunia yang hanya membinasakan sahaja. 

Semoga hari memperingati peristiwa nakba ini menjadi pengajaran dan memberi sedikit sebanyak keinsafan untuk bangkit memperjuangkan kebenaran.

YB USTAZ WAN HASSAN MOHD RAMLI
Ahli Parlimen Dungun
YDP PAS Kawasan Dungun – HARAKAHDAILY 15/5/2023

Advertisement