Memukau! Kongsi Foto Raya Anak, Kecantikan Vie Zaara Jadi Sorotan – “Cantik Sangat Ni!”

Memukau! Kongsi Foto Raya Anak, Kecantikan Vie Zaara Jadi Sorotan – “Cantik Sangat Ni!”

Anak kepada usahawan popular, Vie Shantie Khan dan pelakon Eizlan Yusof  iaitu, Vie Zaara mencuri perhatian selepas dia berkongsi foto Hari Raya anak-anaknya di Instagram.

Menerusi perkongsian tersebut, kelihatan foto Zaara yang diambil dari bahagian tepi tampil memakai baju kurung moden berona biru dan coklat gelap.

Malah,  pelbagai momen juga dirakamkan ketika anak gadis itu bersalaman dengan ibunya.

“My first born Vie Zaara on the first day of Syawal,” tulisnya pada kapsyen berkenaan.

Melihat kecantikan dan keanggunan yang dimiliki Zaara, rata-rata pengikut dan rakan artis tampil meninggalkan respons sekaligus  memuji penampilan anak gadis usahawan itu.

Bukan itu sahaja, ramai dalam kalangan pengikut Vie Shantie memaklumkan, kecantikan yang dimiliki Zaara adalah disebabkan faktor genetik yang dimiliki ibu dan bapanya.

Dalam perkongsian sama, Vie Shantie juga turut berkongsi foto tiga lagi anaknya iaitu, Zareef Yusof, Vie Zaalia dan Vie Raissa.

Sekadar info, pelakon dan pengarah Eizlan Yusof pernah mendirikan rumah tangga bersama Vie Shantie pada tahun 2007.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Vie Zaara, Zareef Yusof, dan Vie Zalia. Namun, pasangan ini mengambil keputusan untuk berpisah pada tahun 2015.

Selepas itu, Vie Shantie berkahwin dengan seorang ahli politik dan dikurniakan seorang anak perempuan bernama Vie Raissa.

Manakala, Eizlan Yusof pula melangsungkan perkahwinan keduanya bersama Datin Natasha Rosa pada Disember 2019, dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang lagi cahaya mata perempuan, Zaelynn Rosa.

Scroll to Top