Kuala Lumpur: Masa depan anak penuh dengan pelbagai kemungkinan dan jika sekarang ini mereka masih kecil serta sibuk bermain, namun beberapa tahun akan datang, mereka mungkin sudah mempunyai cita-cita dan impian.
Bagi ibu bapa, persediaan untuk masa depan anak bukan sesuatu yang boleh dilakukan dalam sekelip mata kerana ia memerlukan perancangan serta usaha yang dimulakan lebih awal termasuk menyediakan simpanan pendidikan.
Menerusi kempen Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2026, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengetengahkan kepentingan menabung sebagai antara bentuk persediaan ibu bapa untuk masa depan pendidikan anak.
BMS2026 berlangsung dari 25 September hingga 1 November depan. Mengetengahkan tema “Di bawah lautan (under the sea)’, perjalanan menabung diibaratkan seperti menyelami dasar laut yang penuh dengan pelbagai perkara untuk diterokai. Semakin jauh seseorang menyelam, semakin banyak yang dapat ditemui dan begitu juga perjalanan hidup seorang anak yang mempunyai pelbagai peluang serta kemungkinan di hadapan.
Ada anak yang mungkin menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang doktor, guru, jurutera, usahawan, atlet atau memilih bidang lain yang diminati. Setiap impian itu memerlukan perjalanan tersendiri dan pendidikan menjadi antara asas penting dalam menyediakan mereka untuk masa depan.
Dalam konteks itu, setiap simpanan yang dibuat ibu bapa boleh menjadi satu langkah kecil dalam perjalanan panjang anak mengejar impian.
Tidak perlu menunggu sehingga mempunyai jumlah yang besar untuk bermula kerana apa yang penting ialah mengambil langkah awal dan membina tabiat menabung secara konsisten.
Malah, dalam membentuk masa depan anak, ibu bapa boleh dianggap sebagai ‘s u p e r h e ro ‘sebenar yang sentiasa berada di belakang anak, memberikan sokongan dan menyediakan keperluan mereka.
Menabung untuk pendidikan bukan sekadar soal menyediakan wang, sebaliknya ia turut mencerminkan perancangan dan kasih sayang ibu bapa terhadap masa depan anak.
Walaupun anak mungkin belum memahami kepentingan simpanan ketika masih kecil, usaha yang dilakukan ibu bapa sejak awal boleh menjadi sebahagian daripada persediaan mereka apabila tiba masa untuk melanjutkan pendidikan kelak.
Menerusi tagline Jom Jadi Superhero Anak Anda!, BMS 2026 mengajak ibu bapa melihat peranan mereka daripada sudut Jom Jadi Superhero Anak Anda! Menabung melalui Simpan SSPN Sempena BMS 2026 yang lebih dekat dengan kehidupan seharian.
Bagaimanapun, seorang superhero tidak semestinya memakai kostum atau mempunyai kuasa luar biasa. Dalam kehidupan anak, superhero itu boleh jadi ibu dan ayah yang sanggup merancang, berkorban dan membuat persediaan demi melihat anak mempunyai peluang untuk mengejar cita-cita.
Justeru, perjalanan menuju masa depan anak boleh dimulakan dengan satu langkah mudah hari ini iaitu menabung kerana setiap simpanan mempunyai tujuan, setiap langkah mempunyai makna dan setiap impian anak wajar disertai dengan persediaan.
Melalui BMS 2026, ibu bapa sekali lagi diingatkan masa depan anak tidak perlu hanya ditunggu untuk dilihat, sebaliknya boleh mula ‘diselami’ hari ini, satu simpanan pada satu masa.
Jangan lepaskan peluang untuk mengikuti Program Penutup Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2026 yang akan berlangsung dari 29 Oktober hingga 1 November 2026, bertempat di Center Court, Alamanda Shopping Mall, Putrajaya.
© New Straits Times Press (M) Bhd




