JENAMA peruncit perkakas rumah terkemuka, MR DIY melancarkan kempen Raya Sama-Sama sempena Hari Raya Aidilfitri 2026 bagi menyemarakkan lagi semangat kebersamaan dalam kalangan rakyat di negara ini.
Naib Presiden Pemasaran Kumpulan MR DIY (M) Sdn Bhd, Alex Goh berkata, kempen berskala nasional itu menggabungkan cabaran menari yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai lebih RM80,000 berserta promosi istimewa untuk membantu orang ramai membuat persiapan raya dengan lebih berhemat.
Menurut beliau, tunjang utama kempen adalah video muzik Raya Sama-Sama berserta cabaran menari yang mana keluarga, rakan-rakan dan komuniti boleh menonjolkan kreativiti masing-masing melalui gerak tari.
“Inisiatif digital ini turut diiringi promosi Raya Sama-Sama Jimat, mengukuhkan komitmen MR DIY untuk membantu setiap isi rumah meraikan Aidilfitri tanpa membebankan kos perbelanjaan mereka.
“Berlangsung dari 7 Mac hingga 7 April depan, Raya Sama-Sama ‘Dance Challenge‘ mengajak rakyat Malaysia menzahirkan semangat perayaan menerusi persembahan tarian atau ‘lip-sync‘ yang kreatif.
“Peserta berpeluang memenangi lebih RM80,000, termasuk jemputan eksklusif ke rumah terbuka raya bersama penyanyi popular, Alif Satar dan The Locos,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Kata Alex, promosi Raya Sama-Sama Jimat turut diperkenalkan, berlangsung dari 23 Februari hingga 31 Mac ini.
Tambah beliau, pelanggan boleh mendapatkan pelbagai hiasan raya dan barangan keperluan rumah pada harga istimewa serendah RM2 sahaja, bertepatan slogan ‘Always Low Prices‘.
Jelasnya lagi, antara rangkaian promosi yang ditawarkan termasuk hiasan dan lampu dekorasi raya, peralatan hidangan selain kelengkapan dapur untuk rumah terbuka, barangan pembersihan, penambahbaikan rumah, kit aksesori kereta sebagai persiapan balik kampung serta lain-lain keperluan.
“Kempen Raya Sama-Sama menyatukan rakyat Malaysia melalui pengalaman bersama yang mencerminkan semangat sebenar Aidilfitri.
“Dengan menggabungkan cabaran digital bersama komitmen kami terhadap produk berkualiti pada harga berpatutan, kami mahu memastikan sambutan raya lebih mudah diakses, inklusif dan bermakna untuk semua,” ujar Alex.
Ringkasan AI
- JENAMA peruncit perkakas rumah MR DIY melancarkan kempen Raya Sama-Sama sempena Hari Raya Aidilfitri 2026 untuk menyemarakkan semangat kebersamaan
- Kempen ini menawarkan cabaran menari dengan hadiah bernilai lebih RM80,000 dan promosi istimewa untuk persiapan raya yang berhemat
- Cabaran menari Raya Sama-Sama membolehkan keluarga dan komuniti menunjukkan kreativiti masing-masing
- Promosi Raya Sama-Sama Jimat berlangsung dari 23 Februari hingga 31 Mac, menawarkan hiasan raya dan barangan keperluan rumah pada harga serendah RM2
- Inisiatif ini bertujuan untuk menyatukan rakyat Malaysia melalui pengalaman yang mencerminkan semangat Aidilfitri sambil menawarkan produk berkualiti pada harga berpatutan



