GHAZWUย al-fikri al-Islami didefinisikan sebagai serangan yang ditujukan kepada pemikiran Islam. Ia adalah salah satu usaha westernisasi yang dilakukan oleh dunia Barat dan orientalis yang mempunyai kepentingan tertentu terhadap agama Islam.ย
Advertisement
Berdasarkan matlamat inilah, pelbagai ideologi dan pemikiran baru yang datang dari Barat dibawa masuk ke dunia Islam seperti Sekularisme, Kapitalisme, Sosialisme, Hedonisme dan lain-lain. Proses globalisasi terhadap ideologi-ideologi sebegini yang sedang berlaku di seluruh dunia akhirnya menjadi ancaman terhadap pegangan akidah dan pemikiran umat Islam, lalu umat Islam terikut-ikut dengan budaya hidup kebaratan yang tidak berpaksikan pada landasan Islam yang murni.
Ingatlah amaran Nabi S.A.W dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Saโid al-Khudri:
ุนููู ุฃูุจูู ุณูุนููุฏู ุฑูุถููู ุงูููู ุนูููู:ย ุฃูููู ุงููููุจูููู ุตููููู ุงูููู ุนูููููู ููุณููููู ู ููุงูู:โย ููุชูุชููุจูุนูููู ุณููููู ู ููู ููุจูููููู ู ุดูุจูุฑูุง ุจูุดูุจูุฑูุ ููุฐูุฑูุงุนูุง ุจูุฐูุฑูุงุนูุ ุญูุชููู ูููู ุณููููููุง ุฌูุญูุฑู ุถูุจูู ููุณูููููุชูู ูููู.โย ููููููุง:ย ููุง ุฑูุณูููู ุงููููููุ ุงูููููููุฏู ููุงููููุตูุงุฑููุ ููุงูู:โย ููู ูููโโ.โ
Daripada Abu Saโid al-Khudri R.A, Nabi S.A.W bersabda: โKalian benar-benar akan mengikut jalan orang-orang sebelum kalian sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehinggalah jika mereka masuk ke dalam lubang biawak pun kalian akan memasukinya.โ Kami (iaitu para sahabat) bertanya: โYa Rasulullah, adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani?โ Baginda menjawab: โSiapa lagi (kalau bukan mereka)?โย
(Sahih al-Bukhari (3456))
Oleh itu, umat Islam perlu konsisten dalam pencarian ilmu yang bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah demi menangkis semua fahaman dan ancaman yang telah dilancarkan oleh pihak Barat dan orientalis. Setiap serangan terhadap pemikiran umat Islam perlu disangkal dan dipatahkan dengan ilmu yang telah diwarisi daripada Nabi Muhammad S.A.W yang bersumberkan wahyu Allah S.W.T.
Umat Islam jangan berhenti menuntut ilmu kerana musuh-musuh Islam sentiasa mencari jalan untuk memadamkan cahaya Islam. Jika bukan umat Islam yang wajib mempertahankan agamanya, maka siapa lagi?
YB DATOโ USTAZ AHMAD MARZUK SHAARY
Timbalan Menteri
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) โย HARAKAHDAILY 21/5/2022