Usahawan dan pempengaruh terkenal, Khairul Aming mencuri perhatian ramai selepas memuat naik beberapa foto ketika menjalani ‘photoshoot’ bersama rakan-rakannya.
Menerusi perkongsian di TikTok, Khairul kelihatan begitu tampan dan segak bergaya dengan memakai baju Melayu serba lengkap bersama samping dan songkok.
Bagaimanapun, kapsyen ‘menantu mak awak’ yang ditulisnya meraih tumpuan ramai.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen mendakwa Khairul memberi bayangan dirinya bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi.

Bukan itu sahaja, ramai dalam kalangan netizen juga turut berseloroh mahu menjadi isteri Khairul, malah ada juga yang mengatakan ibu mereka ‘approved’ Khairul menjadi menantu.
Kredit TikTok: Khairul Aming




