Menantu mengidam nasi tomato untuk berbuka, ibu mertua berbangsa India sanggup masak

Menantu mengidam nasi tomato untuk berbuka, ibu mertua berbangsa India sanggup masak

Perkahwinan campur pada masa ini dilihat sudah sebati di kalangan masyarakat kita.

Sikap tolak ansur, toleransi, memahami dan menghormati antara sesama pasangan dan keluarga mertua amatlah penting bagi menjaga keharmonian rumah tangga.

Ini termasuklah apabila tibanya bulan Ramadan, di mana mertua dan menantu yang berbeza fahaman dan agama seperti yang dikongsikan oleh seorang wanita di laman TikTok miliknya.

Menerusi video yang dikongsikan, pemilik akaun yang dikenali sebagai Hajar Angelique mengatakan dia pulang ke rumah mertuanya pada hujung minggu lalu dan berpeluang menyambut bulan puasa bersama.

Dalam video itu, dia meluahkan keinginan di saat akhir kepada ibu mertuanya yang berbangsa India untuk makan nasi tomato.

@hajarangelique

Bulan puasa bersama parents-in-law Saya yg non-Muslim #fyp #fypage #foryou #foryoupage #malaysiatiktok #keluargamalaysia

♬ Syukur Alhamdulillah – Wafiq Azizah

Perkongsian yang meraih 1.3M tontonan, ibu mertuanya sanggup menunaikan keinginan menantunya yang sedang hamil anak ketiga.

Hajar meluahkan kesyukuran kerana ibu mertuanya sudi memasak juadah berbuka puasa untuk dirinya walaupun wanita itu tidak berpuasa.

Melihat akan hubungan yang terjalin, rata-rata warganet meluahkan kesyukuran kepada wanita itu kerana dikurniakan keluarga mertua yang baik dan memahami menantunya, meskipun berbeza fahaman agama.

Namun begitu, ada warganet tidak menyangka ibu mertua wanita itu kelihatan muda.

Apa-apapun, beruntung Hajar dapat keluarga mertua yang majmuk iaitu bapa mertua berbangsa Cina dan ibu mertua berbangsa India yang memahami dan menghormati agama dia dan suami.

Sumber: TikTok @hajarangelique