KUALA LUMPUR – Menara Kuala Lumpur (Menara KL) mengibar Jalur Gemilang gergasi bagi menyokong usaha kerajaan untuk menyemarakkan lagi semangat patriotisme dalam kalangan rakyat sempena sambutan Hari Malaysia esok.
Menerusi kenyataan Menara KL memaklumkan, Jalur Gemilang Gergasi tersebut yang dibekalkan oleh Syarikat Star Light Flag Trading Sdn Bhd mengambil masa sehari untuk proses pemasangan.
Katanya, Jalur Gemilang itu mempunyai ukuran lebar 57 kaki dan 114 kaki panjang yang dipasang pada antena Menara KL dengan ketinggian 383 meter dari aras tanah.
“Menara Kuala Lumpur juga sedang mengadakan kempen untuk memilih 10 foto terbaik dengan kapsyen kreatif bersama #kltowergiantflag #benderagergasimenarakl dan setiap pemenang yang terpilih akan memenangi satu tiket masuk ke Sky Deck, Menara KL,” ujarnya. – MalaysiaGazette