BUENOS AIRES: Pengeluar jenama sukan utama melancarkan kempen hari ini bagi mencari 1,703 rakyat Argentina dinamakan sempena ikon bola sepak Diego Armando Maradona, yang meninggal dunia berikutan serangan jantung tahun lalu.
Jenama Jerman, Adidas menawarkan jersi replika bekas pasukan Maradona, Boca Juniors secara percuma kepada mereka yang lahir dan dinamakan “Diego Armando” pada 1981, tahun sama pemain legenda itu menang gelaran Argentina bersama kelab gergasi Buenos Aires itu.
Minggu lalu Boca dan Adidas mendedahkan corak jersi baharu kelab itu musim ini yang diinspirasi oleh jersi dipakai Maradona, yang ketika itu berusia 21 tahun dan rakan sepasukannya yang lain 40 tahun lalu.
Tahun itu juga pihak berkuasa mendaftarkan jumlah bayi paling ramai dilahirkan dan diberikan nama Diego Armando, kata Adidas dalam satu kenyataan.
Maradona adalah penyokong fanatik Boca selepas persaraannya, malah memiliki bilik persendirian di stadium milik kelab, Bombonera.
Dia melalui tempoh dua kali bersama Boca pada permulaan dan penghujung kariernya. – AFP
© New Straits Times Press (M) Bhd




