Pelakon popular, Siti Saleha mencuri tumpuan selepas tampil pada Anugerah Drama Antarabangsa yang diadakan di Seoul, Korea Selatan.
Siti Saleha diumumkan sebagai pemenang trofi Bintang Asia Terbaik (Malaysia) di atas lakonannya menerusi drama bersiri Tonton Original, SeOfis yang bersiaran di www.tonton.com.my
Kemunculan aktres itu di Karpet Merah dengan busana berona kuning meraih perhatian sekaligus menerima respons positif dalam kalangan peminat di sana.
Malah, nama Siti Saleha juga kekal trending di platfrom X apabila lebih 13,000 hantaran dibuat menggunakan namanya.

Menjengah ke platform berkenaan, rata-rata netizen tidak kiralah dari Malaysia, Indonesia mahupun Korea memuji penampilan dan kecantikan aktres itu.



Bukan itu sahaja, terdapat pengguna media sosial yang tampil membuat hantaran dan mengimbau kembali momen dimana penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil dengan baju kebaya berona sama sewaktu hadir ke acara karpet merah Golden Melody Awards yang diadakan di Taipei, Taiwan pada tahun 2004.

Kejayaan Siti Saleha di Seoul tidak dapat dipisahkan daripada drama SeOfis yang telah mengukuhkan reputasinya di arena lakonan.
Saksikan SeOfis, sebuah drama Tonton Original yang boleh distrim di Tonton melalui www.tonton.com.my.




