Isteri kepada usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida Mohd Rashid berkongsi detik cemas apabila anaknya, Qadejah, mengalami masalah kesihatan secara tiba-tiba.
Platelet sangat rendah
Screenshot
Menerusi perkongsian Instagram, menurut Shahida, anaknya itu mengadu sakit dada pada waktu malam selain mengalami kesukaran untuk bernafas, menyebabkan dia tidak berlengah untuk mendapatkan rawatan di hospital.
“Qadejah mengadu sakit dada malam tadi, nak bernafas pun susah. Mama kalau anak sakit ni takde tangguh-tangguh, hati jadi risau fikir bukan-bukan,” kongsinya.
Berdasarkan pemeriksaan yang dibuat termasuk ujian darah mendapati bacaan platelet Qadejah berada pada tahap rendah dan membimbangkan.
“Sampai je hospital, doktor periksa dan dapati platelet darah dia sangat rendah. Ada kemungkinan… dah tiga kali ambil darah, platelet masih rendah. Risau mama dibuatnya,” ujarnya.
Screenshot
Dalam pada itu, Shahida turut memohon orang ramai agar mendoakan kesihatan anaknya supaya segera pulih dan dijauhkan daripada sebarang penyakit serius.
“Minta doa semua ya agar Qadejah cepat sembuh dan dijauhkan dari penyakit yang tak sepatutnya. Ni nak buat apa pun tak jadi. Hati mak ni kalau anak sakit lain rasa dia,” tambahnya lagi.
Artikel lain: Shahida didik anak kepentingan pengurusan jenazah – “Moga nanti boleh urus jenazah mama, abah”
Terdahulu, usahawan itu menerima pujian daripada orang ramai apabila berkongsi rutin dan tradisi keluarganya setiap kali sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Difahamkan, setiap tahun mereka sekeluarga memilih untuk menyewa sebuah homestay sebelum berkumpul bersama ahli keluarga terdekat di Sungai Besar, Selangor.
Tujuan menyewa homestay untuk memudahkan urusan kunjungan tidak mahu anak-anak terlepas peluang untuk mengenali saudara-mara dengan lebih rapat memandangkan kebanyakan mereka jarang bertemu pada hari biasa.
Sumber: Instagram shahidadherbs




