Mengaku ambil syabu, IG story Nia Ramadhani berwajah cengkung tular

Mengaku ambil syabu, IG story Nia Ramadhani berwajah cengkung tular

Sejak apgi tadi, tular di media sosial Indonesia dan Malaysia apabila seleberiti terkenal negara seberang, Nia Ramadhani dikatakan telah ditahan pihak polis susulan disyaki menyalahgunakan dadah.

Hal tersebut di maklumkan menerusi CNN Indonesia dan pihak polis telah mengesahkan penahanan tersebut.

Nia telah tahan bersama pemandunya apabila kereta yang digunakan diperiksa dan didapati terdapat dadah jenis syabu di dalamnya.

Manakala suami kepada pelakon tersebut, Ardi Bakrie pula datang menyerah diri kepada pihak polis selepas dihubungi oleh isterinya dan mereka mengakui telah menggunakan bahan terlarang tersebut kira-kira sejak 5 bulan yang lalu.

Pihak polis juga memaklumkan ujian air kencing juga telah menunjukan mereka positif mengambil syabu. Jika sabit kesalahan ketiga-tiga berdepan dengan empat tahun penjara.

Selain daripada itu, tular di Twitter beberapa tangkapan skrin IG story Nia Ramadhani yang kelihatan sangat cengkung berbanding wajah asal sebelum dia ditangkap.

Wajahnya yang terlihat cantik dan segar sebelum ini jelas kelihatan suram serta tidak bermaya sehingga menghadirkan pelbagai komen diruangan Twitter berkenaan.

Rata-rata memaklumkan yang terkejut melihat pelakon itu disahkan ditangkap susulan kes dadah kerana dia merupakan antara artis ternama serta isteri kepada salah seorang anak hartawan di Indonesia.

Sumber: CNN Indonesia, Twitter @hebooran

 

Scroll to Top