Menghitung hari, Raysha Rizrose dan kekasih sedang buat persiapan kahwin?

Menghitung hari, Raysha Rizrose dan kekasih sedang buat persiapan kahwin?

Baru-baru ini, nama pelakon terkenal, Raysha Rizrose menjadi perhatian ramai apabila dia dipercayai sedang membuat persiapan menuju hari bahagianya bersama kekasih hati, Nabil Jeffri.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Nabil di laman TikToknya, kelihatan dia bersama Raysha berada di sebuah pusat beli belah yang dipercayai membeli barang hantaran.

@nabiljeffriofficial

Counting days ❤️

♬ original sound – Nabil Jeffri – Nabil Jeffri

“Menhitung hari,” ujar Nabil ringkas di ruangan kapsyen.

Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja apabila melihat pasangan merpati dua sejoli itu seakan-akan memberi bayangan hari perkahwinan mereka bakal tiba tidak lama lagi.

Dalam pada itu, meskipun Raysha dan Nabil tidak memberi sebarang maklum balas mengenai perkara tersebut, namun netizen menitipkan ucapan tahniah buat pasangan tersebut dan berharap agar segala urusan mereka dupermudahkan.

Terdahulu, tular di laman sosial apabila beberapa keping gambar Raysha atau nama sebenarnya Farza Naquraisha Mohd Fariz  dan kekasih berada di atas pelamin yang dipercayai sudah mengikat tali pertunangan.

Sumber: TikTok @nabiljeffriofficial