
Rakaman CCTV menunjukkan Marji berada dalam posisi sujud tanpa bergerak. Foto Agensi
DEPOK – Tular sebuah video memaparkan seorang jemaah meninggal dunia ketika sedang menunaikan solat tarawih.
Kejadian itu berlaku di Masjid Babussalam Margonda Raya, Gang Langgar, Kemiri Muka, Beji, Kota Depok, Jawa Barat di Indonesia pada Sabtu lalu.
Jemaah itu dikenali sebagai Marji Asmadi Asmad, 55, dan merupakan seorang bilal di masjid berkenaan.
Rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan Marji rebah secara tiba-tiba ketika imam membacakan ayat terakhir surah al-Qadr.
Jemaah lain bagaimanapun masih khusyuk dan meneruskan solat hingga rakaat seterusnya.
Seorang jemaah yang berada berhampiran Marji segera memeriksa keadaannya selepas melihat dia berada dalam posisi sujud tanpa bergerak.
Situasi di masjid itu kemudiannya bertukar hiba selepas dia disahkan sudah meninggal dunia. – Agensi
Ringkasan AI
- Video seorang jemaah meninggal ketika solat tarawih tular
- Kejadian berlaku di Masjid Babussalam Margonda Raya, Depok
- Marji Asmadi Asmad, bilal masjid, meninggal ketika solat
- Marji rebah tiba-tiba ketika imam baca ayat terakhir surah al-Qadr
- Jemaah lain teruskan solat, situasi masjid bertukar hiba setelah keadaan Marji disahkan



