Pempengaruh dan penyanyi dinasihatkan supaya memberi tumpuan kepada pengimarahan Ramadan berbanding promosi lagu raya ketika bulan puasa baru sahaja bermula.
Tangguh dulu promosi lagu raya
Memetik laporan daripada Kosmo! Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan menyatakan Ramadan adalah tempoh terbaik untuk memperbanyakkan amal ibadah serta melakukan kebaikan.
“Ramadan baru sahaja bermula. Ayuh kita fokus untuk mengimarahkan Ramadan ini dengan segala amal ibadah, melakukan kebaikan, bersedekah, menolong orang lain. Kita fokuskan yang itu.
“Apa-apa yang lain tu kita tangguh dahulu,” katanya.
Lebih baik fokus ibadah dari promosi lagu raya
Menurut beliau, keutamaan ketika ini adalah menghidupkan suasana Ramadan dengan pengisian rohani sebelum kemeriahan Syawal menjelang.

Artikel lain: Aliff Syukri kata nak keluar lagu raya, tolong jangan sokong – Shahida
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Himpunan Asatizah Muda Kebangsaan (Hamka) 2026 di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan hari ini.

Teguran tersebut dilihat sebagai peringatan agar masyarakat tidak terlalu awal teruja dengan sambutan Aidilfitri sehingga mengabaikan kelebihan bulan Ramadan yang baru sahaja bermula.
Sumber: Kosmo! (Amir haikal Kamarudin)





