Menteri Dakwa Beras Tempatan Tak Laku Di Pasaran

Menteri Dakwa Beras Tempatan Tak Laku Di Pasaran

Oh! Negara

Fuziah Salleh dedah beras tempatan tak laku walaupun dulu ramai bising isu kos sara hidup.


Dalam isu kos sara hidup yang sering kali dibangkitkan rakyat Malaysia, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh tampil menjelaskan satu perkara yang agak mengejutkan.

Ia berkait tentang permintaan terhadap beras tempatan yang sebenarnya masih rendah, walaupun sebelum ini ramai yang mendakwa sukar untuk mendapatkannya.

Fuziah berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan di Dewan Rakyat, berkait naratif yang menyatakan kenaikan harga barang menekan kehidupan rakyat.

Mangsa keadaan atau salah tanggap?

Beras

Menurut Fuziah, isu ini sangat subjektif kerana walaupun ramai yang mengeluh mengenai kesempitan hidup, pasar raya dan restoran masih tetap penuh dengan orang.

Ia sangat subjektif, betul pengamatan apabila pergi ke pasar raya memang penuh, pergi ke restoran memang penuh, tapi dalam masa yang sama ada juga masyarakat yang merasakan susah nak hidup, jadi sangat subjektif.- Katanya.

Tambah beliau lagi, sebelum ini rakyat bising seolah-olah kerajaan gagal menyediakan bekalan beras tempatan. Namun bila bekalan itu sudah ada dan memenuhi pasar raya, ia langsung tak mendapat sambutan.

Tetapi apabila beras tempatan itu penuh di pasar raya, tak laku. Jualan Rahmah pun tak laku beras tempatan.- Katanya.

Kenyataan ini merujuk kepada reaksi rakyat yang seolah-olah menolak beras tempatan walaupun sebelum ini begitu lantang menuntutnya. Mungkin ini menunjukkan ada jurang antara persepsi dan realiti di lapangan.

Menteri kongsi realiti yang tak seindah naratif…

Beras2

Isu ini turut dikaitkan dengan kenyataan Suhaizan Kaiat (PH–Pulai) yang membangkitkan naratif kononnya kenaikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) serta tarif elektrik telah membebankan rakyat.

Kalau kita lihat umpamanya inflasi 1.8 peratus, pasar raya penuh, jalan raya sesak, kedai-kedai makan penuh, soalannya apakah benar kenaikan-kenaikan ini membebankan rakyat, sedangkan kita lihat apa yang berlaku itu sebaliknya?- Jelasnya.

Walaupun begitu, Fuziah tidak menafikan bahawa ada juga rakyat yang benar-benar terkesan. Inilah sebabnya kerajaan melancarkan inisiatif seperti Jualan Rahmah yang masih mendapat sambutan hangat.

Pssttt! Ohmedia rasa, penting untuk kita semua nilai semula keperluan harian kita. Kalau sebelum ini kita bising pasal harga naik dan beras tak cukup, tapi bila beras dah ada, kita pula tak nak beli, itu dah jadi satu pembaziran peluang. Kadang-kadang, persepsi kita boleh mengaburi realiti. Jadi, buat pilihan yang bijak, kurangkan rungutan, dan hargai usaha yang telah dibuat untuk bantu meringankan beban rakyat.

Kredit: Malaysiakini
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top