TEHERAN – Menteri Dalam Negeri Pakistan, Mohsin Naqvi tiba di Teheran pada Sabtu selepas rundingan yang dirancang antara Iran dan Amerika Syarikat (AS) di Switzerland ditangguhkan, menurut media Iran.
Kedua-dua negara itu dijadualkan mengadakan perbincangan susulan pada Jumaat selepas memeterai memorandum persefahaman (MoU) secara digital pada Rabu lalu.
Rangkaian media tempatan melaporkan Naqvi bakal bertemu rakan sejawatannya, Eskandar Momeni dan Menteri Luar, Abbas Araghchi.
Pakistan memainkan peranan penting sebagai perantara proses damai itu di samping Qatar yang turut menyertai usaha tersebut bagi menamatkan konflik yang berlarutan selama lebih 100 hari. – AFP



