Menteri KKM akui khilaf lantik tauke vape, janji perketat tapisan ALPH

Menteri KKM akui khilaf lantik tauke vape, janji perketat tapisan ALPH

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad  akui khilaf dalam pelantikan usahawan vape, Adzwan Ab Manas sebagai Ahli Lembaga Pelawat Hospital (ALPH) Rembau susulan kecaman ramai pihak kerana pelantikan itu dianggap bercanggah dengan dasar kesihatan awam negara.

Menteri KKM akui khilaf ketika proses tapisan

Memetik kenyataan yang kongsikan di media sosial, Dr Dzulkefly menjelaskan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerima sebanyak 2,860 pencalonan daripada pelbagai pihak bagi mengisi jawatan ALPH di 143 hospital seluruh negara.

Semua pencalonan katanya telah melalui tapisan dengan syor dari wakil negeri.

“Namun, dalam hal ini, wujud khilaf dalam proses tapisan tersebut, di mana latar kerjaya calon yang dilantik mempunyai elemen conflict of interest dengan dasar kesihatan semasa yang diperjuangkan KKM.
Untuk makluman, individu tersebut tidak lagi berkhidmat sebagai ALPH Rembau,” katanya.

Dr Dzulkefly akui khilaf dan  jejaskan persepsi umum terhadap KKM

Dzulkefly juga mengakui kelemahan itu telah menjejaskan persepsi umum terhadap kementeriannya dan memberi jaminan bahawa proses pelantikan ALPH akan disemak semula serta diperketat dari segi kriteria dan sumbangan kepada masyarakat.

“Saya bersama KKM komited untuk terus memperkukuh integriti dan kredibiliti sistem kesihatan negara, termasuk melalui pelantikan wakil masyarakat yang tepat, berwibawa dan berprinsip,” tegas beliau.

Tauke Vape tampil beri penjelasan

Sementara itu, Adzwan sebelum ini telah tampil menjelaskan bahawa beliau tidak pernah menerima jawatan itu secara rasmi.

Malah katanya, beliau terus meletakkan jawatan pada hari sama beliau dimaklumkan mengenainya oleh KKM pada 23 Jun.

“Surat (pelantikan) daripada kementerian menyatakan tempoh saya berkuat kuasa pada 1 Januari dan sepatutnya tamat pada 31 Disember 2027, tetapi saya hanya dimaklumkan mengenainya pada bulan lalu.
Saya hadir mesyuarat (dengan pihak hospital) pada hari sama dan terus letak jawatan. Dalam kata lain, saya langsung tidak pernah terima pelantikan itu,” katanya.

akui khilaf

Artikel lain: Tauke vape letak jawatan Ahli Lembaga Pelawat Hospital lepas dikecam -“Jawatan tak bergaji”

Terdahulu, tular di media sosial apabila Adzwan  memuat naik surat pelantikannya pada 23 Jun lalu yang turut ditandatangani Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad.

Namun, selepas isu itu tular dan dikritik ramai, beliau akhirnya mengambil langkah untuk berundur secara sukarela.

Sumber: Facebook Dr Dzulkefly Ahmad

Scroll to Top