Menyusahkan Ramai Pihak, Pempengaruh ‘Hilang’ Lepas Kereta Terjunam Dalam Sungai Didakwa! | Trending – Oh! Media

Menyusahkan Ramai Pihak, Pempengaruh ‘Hilang’ Lepas Kereta Terjunam Dalam Sungai Didakwa! | Trending – Oh! Media

Trending

Konon ‘hilang’ tapi rupa-rupanya lari ke Siam, pempengaruh didakwa di mahkamah.


Padah buat laporan palsu dan mengganggu tugas penjawat awam, pempengaruh permotoran Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin berdepan tindakan undang-undang.

Lapor Sinar Harian, selain Tengku Abdul Aziz, adiknya juga didakwa kerana bersubahat mereka-reka cerita kononnya hilang selepas terjunam ke dalam sungai Sungai Tui, Muar Johor.

Buat cerita tipu sampai libatkan ramai pihak

Pempengaruh

Menurut Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, mereka akan dituduh di bawah Seksyen 182 dan Seksyen 109 Kanun Keseksaan.

Kes melibatkan dua individu ini disiasat selepas Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah membuat laporan polis.

Ketua Zon 4 JBPM Johor, Penguasa Kanan Bomba II Norshuhada Amsari berkata, laporan dibuat bagi memberi pengajaran kepada orang ramai agar tidak menyusahkan pasukan penyelamat dengan tindakan tidak bertanggungjawab.

Pempengaruh Hilang

Mana tidaknya, lebih 30 anggota bomba dikerahkan selama empat hari dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa.

Tapi rupa-rupanya ‘wayang’ je kerana ‘mangsa’ sebenarnya melarikan diri ke negara jiran.

Pssttt! Menipu pihak berkuasa demi kepentingan sendiri bukan sahaja membahayakan nyawa orang lain, tapi turut menyusahkan banyak pihak termasuk pasukan penyelamat. Semoga kes ini jadi pengajaran buat semua agar tidak bermain dengan undang-undang demi konten atau simpati.

Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top