Trending
Anwar Ibrahim belum rancang rombak Kabinet walaupun Rafizi dan Nik Nazmi umum letak jawatan. PM anggap mereka masih bercuti.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan belum ada sebarang perancangan untuk merombak Kabinet, walaupun dua menterinya telah mengumumkan peletakan jawatan.
Menurut laporan Harian Metro, Anwar Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad masih dianggap sedang bercuti, justeru sebarang penggantian belum boleh dibuat.
Belum (fikir buat rombakan), mereka masih bercuti. Kita tak boleh ganti orang yang sedang bercuti.
Dua menteri umum letak jawatan lepas kalah dalam pemilihan PKR

Semalam, Rafizi mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Ekonomi berkuat kuasa 17 Jun, manakala Nik Nazmi bakal berundur sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam pada 4 Julai.
Kedua-dua pemimpin ini dilaporkan tewas dalam Pemilihan PKR 2025, di mana Rafizi kalah kepada Nurul Izzah Anwar bagi jawatan Timbalan Presiden, manakala Nik Nazmi gagal mempertahankan jawatan Naib Presiden.
Cuti diluluskan, Anwar Ibrahim belum fikir ganti menteri

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa permohonan cuti telah diluluskan untuk kedua-dua menteri tersebut dan tiada pengganti dilantik buat masa ini.
Majlis yang dihadiri Anwar pagi tadi turut disertai oleh dua Timbalan Perdana Menteri, iaitu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.
Pssttt! Dalam politik, kekalahan bukanlah titik akhir. Teruskan perjuangan dengan semangat dan prinsip. Kadangkala, berundur selangkah untuk melonjak lebih jauh.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.