Mereka Yang Sanggup Jadi Tali Barut Israel Adalah Pengkhianat Negara

Mereka Yang Sanggup Jadi Tali Barut Israel Adalah Pengkhianat Negara

Pelakon terkenal, Mimi Lana mengecam sekeras-kerasnya mana-mana pihak yang menunjukkan sokongan terhadap kekejaman rejim Zionis Israel, terutama apabila ia datang daripada rakyat Malaysia sendiri.

Mimi Lana meluahkan rasa kecewa melihat segelintir rakyat yang sanggup bersekongkol dengan pihak yang menindas rakyat Palestin, menyifatkan mereka sebagai pengkhianat kepada tanah air.

BACA: Syafiq Kyle Dedah Mimi Lana Teringin Anak Kembar

“Rakyat Malaysia yang sanggup jadi tali barut Israel adalah pengkhianat sebenar negara dan bodoh! Demi sedikit habuan yang tidak seberapa dan tidak berkat, kau sanggup korbankan maruah dan tanah air sendiri,” katanya dalam satu hantaran di laman Threads miliknya pada Isnin.

Menurut Mimi, golongan sedemikian bukan sahaja tidak tahu bersyukur kerana hidup dalam negara yang aman dan damai, malah pengkhianatan mereka lambat-laun akan terbongkar.

“Tak bersyukur betul dapat hidup di Malaysia yang aman damai. Jangan fikir kau akan selamat dan hidup tenang, kerana pengkhianatan tidak akan dapat disembunyikan selamanya. Semoga hukuman paling berat menanti setiap pengkhianat ini,” tegasnya lagi.

Perkongsian pelakon itu mendapat pelbagai reaksi daripada warganet, dengan rata-rata menyokong pendiriannya agar terus lantang bersuara mempertahankan perjuangan rakyat Palestin.

Mimi antara selebriti tanah air yang konsisten berkongsi kesedaran tentang isu Palestin serta menunjukkan sokongan terhadap misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla.

Sumber: mStar Online


Scroll to Top