Mesej ajak ‘main’ dua jam siap minta kurang, Baby Shima dedah wajah lelaki gatal

Mesej ajak ‘main’ dua jam siap minta kurang, Baby Shima dedah wajah lelaki gatal

penyanyi kontroversi, Baby Shima sememangnya antara selebriti yang rajin berkongsi aktiviti hariannya di media sosial termasuklah pendapat-pendapat berkaitan sesetengah isu.

Namun, menerusi perkongsian terbaru penyanyi berasal dari Johor Bahru ini, dia telah memuat naik tangkapan layar mesej yang diterima daripada lelaki miang yang berniat tidak baik.

Direct message (DM) yang diteri itu telah mempertanyakan bayaran  yang dikenakan jika ingin ‘bersama’ dengan penyanyi itu dalam waktu dua jam.

Tindakan biadap tersebut telah dikongsikan Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli, 31 dengan mengatakan tidak ada sesiapa yang berjualan.

“Sini tak ada jual beli main. Sesiapa mau main dama dia boleh bagi less sama dia. Main apa pun Shima tak tau lah hmmmm,” tulisnya.

Dia juga turut menyertakan beberapa gambar lelaki yang menghantar mesej kurang sopan tersebut sebagai satu tanda amaran.

Lebih keji lagi, profil lelaki terbabit mendedahkan wajahnya dan menulis doa seperti seorang yang berpegang kuat kepada agama.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengecam tindakan lelaki terbabit kerana dilihat tidak menghormati seorang wanita.

Mereka juga menggesa supaya penyanyi terbabit membuat laporan polis berhubung gangguan seksual yang diterima oleh lelaki miang itu.

 

 

 

 

Sumber: Instagram babyshimaofficial