Mesin padi jatuh sungai, seorang dikhuatiri lemas

Mesin padi jatuh sungai, seorang dikhuatiri lemas

am@hmetro.com.my

Sanglang: Seorang lelaki dikhuatiri lemas manakala tiga selamat selepas mesin padi dilaporkan jatuh ke dalam sungai di Kampung Sanglang, berhadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sanglang ,di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Penolong Kanan Penguasa Bomba Noor Azhar Tajudin berkata, panggilan berhubung kejadian itu diterima pada jam 3.40 petang hari ini.

Menurutnya, sepasukan anggota dari BBP Jitra yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) Ahmad Nazril Ab Rahman bergegas ke lokasi.

“Tiga daripada mangsa berjaya menyelamatkan diri manakala seorang masih hilang.

“Setakat ini operasi masih dilakukan di lokasi kejadian untuk mencari mangsa di permukaan air,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Radzi Abd Rahim mengesahkan kejadian itu.

“Operasi masih dilakukan di lokasi dan setakat ini tiga dilaporkan selamat dan seorang masih hilang,” katanya ketika dihubungi.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top