Mesir risau kecederaan Salah

Mesir risau kecederaan Salah

JURULATIH Mesir, Rui Vitoria menegaskan terlalu awal untuk menyatakan sama ada Mohamed Salah akan dapat bermain semula dalam Piala Negara-Negara Afrika tahun ini selepas mengalami kecederaan ketika seri 2-2 dengan Ghana pada Jumaat.

Penyerang Liverpool itu dibawa keluar pada lewat separuh masa pertama perlawanan Kumpulan B di Abidjan selepas kelihatan memegang bahagian belakang kaki kirinya.

“Kami belum tahu apa masalahnya. Saya harap bukan masalah besar…Masih terlalu awal untuk menyatakan sesuatu.

“Salah adalah pemain yang menakjubkan dan pemain terbaik di dunia, jadi kami mahu dia sentiasa bersama kami, ” katanya.

Scroll to Top