Messi terus ‘mengganas’ , 5 perlawanan ledak dua gol berturut-turut

Messi terus ‘mengganas’ , 5 perlawanan ledak dua gol berturut-turut
Messi memulakan rentetan lima perlawanan berganda itu ketika Inter Miami menewaskan Montreal dan Columbus pada Mei, sebelum menyertai kempen Piala Dunia Kelab.

Messi memulakan rentetan lima perlawanan berganda itu ketika Inter Miami menewaskan Montreal dan Columbus pada Mei, sebelum menyertai kempen Piala Dunia Kelab.

LIONEL Messi meneruskan aksi luar biasanya dalam Liga Bolasepak Utama (MLS) Amerika Syarikat apabila meledak dua gol sekali lagi untuk membantu Inter Miami menewaskan Nashville SC 2-1 di Stadium Chase yang dihadiri 21,108 penonton, pada Ahad.

Kejayaan itu menyaksikan bintang Argentina berusia 38 tahun itu mencipta rekod baharu MLS dengan menjaringkan dua gol dalam lima perlawanan berturut-turut, sekali gus menyamai jumlah jaringan pendahulu carta penjaring liga, Sam Surridge (Nashville), dengan 16 gol daripada 16 perlawanan.

Messi memulakan rentetan lima perlawanan berganda itu ketika Inter Miami menewaskan Montreal dan Columbus pada Mei, sebelum menyertai kempen Piala Dunia Kelab.

Dalam temasya 32 pasukan itu, beliau hanya menjaringkan satu gol dalam empat penampilan ketika Miami mara ke pusingan 16 terbaik.

Namun, sebaik kembali ke kancah MLS, Messi terus menyinar dengan dua gol menentang Montreal, New England Revolution dan terbaharu, Nashville.

Pada aksi menentang Nashville, Messi membuka tirai jaringan pada minit ke-17 menerusi sepakan percuma yang menembusi benteng pertahanan pelawat.

Nashville bangkit menyamakan kedudukan menerusi Hany Mukhtar seawal babak kedua bermula.

Namun Messi memastikan tiga mata milik tuan rumah selepas menyambar hantaran lemah penjaga gol pelawat, Joe Willis, pada minit ke-62.

Kemenangan itu membolehkan Miami kekal di tangga kelima persaingan Konferensi Timur, namun kini hanya ketinggalan lima mata di belakang pendahulu, Philadelphia Union, dengan kelebihan tiga perlawanan dalam tangan.

Scroll to Top