Semalam, berlangsungnya saingan minggu kelima konsert Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) yang menyaksikan penyanyi Pat Candy diumumkan sebagai peserta ketiga tersingkir.
Bagaimanapun, tular sebuah video memaparkan persembahan salah seorang peserta yang bertanding sehingga menarik perhatian ramai.
Menerusi video dimuat naik pengguna dikenali Cik Puan Laila, dilihat Asheed Def Gab C berduet bersama Tam Spider sedang mempersembahkan lagu Angin daripada kumpulan Dewa19.
@cikpuanlaila mohon jangan kecam.. aku cume nk tau je.. 🤔🤔 #gegarvaganza2022 #gegarvaganza
Bagaimanapun, lain pula yang menjadi perhatian ramai apabila mereka memberi fokus kepada lambang yang terpampang di skrin atas pentas tersebut.
Mana tidaknya lambang mata satu yang simbolik dengan ‘dajjal’ dan agenda illuminati.



Disebabkan itu, ramai meluahkan kekecewaan dan ketidakpuasan hati pihak pengurusan membenarkan lambang tersebut berada di atas persembahan. Penggunaan lambang tersebut juga dikatakan seolah-olah tidak menjaga sensitiviti agama.








Bagaimanapun, ada juga tampil menjelaskan lambang yang digunakan tersebut sebenarnya diambil daripada cover album band tersohor Indonesia, Dewa19 memandangkan Asheed Def Gab C menyanyikan lagu daripada kumpulan berkenaan.


Difahamkan, anggota kumpulan Dewa19 iaitu Ahmad Dhani tampil memberi penjelasan dan menafikan ia adalah lambang mata dajjal dan penuh dengan illuminati.
Jelas Ahmad Dhani, sebenarnya cover dari album Cintailah Cinta sebenarnya dilukis oleh seorang pelukis dan dalam mata berkenaan ‘ada’ mata lain dalam itu.
Sumber: TikTok @cikpuanlaila, okezone

