Mesyuarat MKT UMNO masih berlangsung

Mesyuarat MKT UMNO masih berlangsung

illahhafiz.abdulaziz@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dilaporkan masih berlangsung setakat jam 10.30 malam ini.

Mesyuarat secara maya bermula jam 8.30 malam tadi membabitkan semua ahli MKT, dipengerusikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Setakat ini, masih belum ada tanda-tanda mesyuarat itu berakhir. Ia dijadulkan akan disusuli sidang media khas oleh Ahmad Zahid secara dalam talian.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, mengesahkan mengenai mesyuarat MKT berlangsung malam ini dengan dipengerusikan oleh Ahmad Zahid sendiri.

“Mesyuarat bermula 8.30 malam (hari ini) secara maya. Sidang media secara maya oleh Presiden akan diadakan selepas selesai mesyuarat,” katanya.

Mesyuarat MKT UMNO malam ini menjadi tumpuan ramai kerana ia dijangka membincangkan perkembangan terkini selepas Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baharu, petang tadi.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top