MetMalaysia keluarkan amaran ribut petir di empat negeri pagi ini

MetMalaysia keluarkan amaran ribut petir di empat negeri pagi ini

rnoraina@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri pagi ini.

Menerusi kenyataan MetMalaysia, ia membabitkan kawasan di Pahang, sekitar Lembah Klang, Negeri Sembilan dan Melaka.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di Bera, Pahang manakala Selangor membabitkan kawasan Klang, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

“Situasi sama turut dijangka berlaku di seluruh Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan serta Melaka,” kata kenyataan itu yang dikeluarkan pagi ini.

Dalam pada itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora (kategori pertama) bagi kawasan perairan Terengganu, Kelantan, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Kenaikan paras air laut turut dijangka di kawasan perairan Terengganu dan Kelantan sehingga esok.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top