MH17: MOT keluarkan kenyataan dalam masa terdekat

MH17: MOT keluarkan kenyataan dalam masa terdekat

PUTRAJAYA: Satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan (MOT) dalam masa terdekat susulan keputusan terbaharu oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) mengenai insiden pesawat Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh pada 2014.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan mengenai perkembangan terbaharu insiden itu.

“Kita akan akan mengeluarkan kenyataan nanti,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan dan Kesesakan Jalan Raya (JK-MKKJR) Bilangan 1 Tahun 2025 di Putra Perdana di sini, hari ini.

ICAO semalam memutuskan Russia bertanggungjawab atas insiden tembakan jatuh sebuah pesawat penerbangan Malaysia di ruang udara Ukraine pada 2014 yang mengorbankan 298 penumpang dan anak kapal, menurut kenyataan kerajaan Belanda.

Dalam kenyataan itu, kerajaan Belanda berkata, ICAO akan mempertimbangkan bentuk pampasan yang wajar dalam beberapa minggu akan datang. – UTUSAN

Scroll to Top