Michael Ang Dedah ‘Fashion Stylist’ Buat Hal, Gagal Langsai Hutang Puluhan Ribu Sejak 9 Tahun Lalu  – “Gila Aku Lagi Teruk!”

Michael Ang Dedah ‘Fashion Stylist’ Buat Hal, Gagal Langsai Hutang Puluhan Ribu Sejak 9 Tahun Lalu  – “Gila Aku Lagi Teruk!”

Pengarah dan penerbit popular tanah air, Michael Ang, sekali lagi mencuri perhatian netizen selepas mendedahkan kisah lama mengenai seorang penata gaya yang didakwa masih belum melangsaikan hutang berjumlah puluhan ribu ringgit kepadanya walaupun sudah sembilan tahun berlalu.

Menerusi satu hantaran di media sosial, Michael secara terbuka meluahkan rasa kesal terhadap individu tersebut yang pernah rapat dengannya, namun tidak menunjukkan sebarang usaha untuk membayar semula pinjaman yang diberikan.

Malah, Michael menegaskan, dia tidak berniat untuk memalukan sesiapa, namun kecewa dengan sikap tidak bertanggungjawab serta keengganan penata gaya itu untuk menyelesaikan hutang walaupun telah diberi peluang selama hampir 10 tahun.

Meskipun pada mulanya dia enggan mendedahkan identiti individu terbabit, namun dia tidak menolak kemungkinan untuk berbuat demikian sekiranya perkara itu terus berlarutan tanpa penyelesaian.

“Aku tahu kau akan baca ni! Jangan ingat aku main-main dan bagi muka kat kau ya. Settle kan before midnight today!,” katanya.

Bagaimanapun, seakan gagal berbuat demikian, Michael menerusi hantaran di platform Threads akhirnya mendedahkan nama individu terbabit.

Menurutnya, selepas dia mendedahkan nama penata gaya popular itu, dia sudah tidak mahu terlibat atau  berurusan dengannya lagi.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, hantaran tersebut bagaimanapun telahpun dipadam Michael selepas beberapa minit ia di muat naik di platform berkenaan.

Scroll to Top