Milan ikat Pulisic hingga 2031

Milan ikat Pulisic hingga 2031

Milan: Bintang skuad kebangsaan Amerika Syarikat (AS), Christian Pulisic menandatangani kontrak baharu bersama AC Milan sehingga 2031, umum kelab Serie A itu.

Pemain tengah berusia 28 tahun itu sebelum ini mempunyai kontrak yang bakal tamat pada Jun 2027, namun perjanjian baharu berkenaan menyaksikan dia terus kekal bersama kelab itu sehingga selepas Piala Dunia akan datang.

Sejak menyertai kelab Itali itu pada 2023, Pulisic merekodkan 44 gol dan 28 bantuan jaringan daripada 141 penampilan dalam semua pertandingan.

“Milan sudah memberikan segala-galanya kepada saya. Kelab ini terasa seperti rumah sendiri dan saya benar-benar menyayanginya,” tulis Pulisic menerusi media sosial rasmi kelab.

Pulisic sebelum ini pernah menyarung jersi Chelsea dari 2019 hingga 2023 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), selain Borussia Dortmund dari 2016 hingga 2019 dalam Bundesliga Jerman.

Di pentas antarabangsa, Pulisic sudah meledak 33 gol dalam 90 penampilan bersama skuad kebangsaan AS dan mewakili negaranya pada Piala Dunia 2022 serta 2026.

Dia turut empat kali dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Lelaki Bola Sepak AS, dengan pengiktirafan terbaharu diraih pada 2023.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top