asyikin.mat@hmetro.com.my
“Saya tidak sangka menjadi mangsa sihir penunduk rakan baik sendiri.
“Rupa-rupanya dia tidak ikhlas dalam persahabatan kami yang sudah terjalin lebih 10 tahun,” katanya.
Wanita yang dikenali sebagai Siti berusia 32 tahun itu berkata, dia tidak mengetahui punca bekas rakan baiknya tidak berpuas hati terhadap dirinya hingga tergamak melakukan sihir penunduk.
“Ini kerana persahabatan kami sebelum ini berjalan dengan baik tanpa sebarang konflik besar.
“Dia sentiasa ada apa bila saya mempunyai masalah dan tidak berkira untuk membantu.
“Cuma beberapa tahun kebelakangan ini,saya kerap mimpi buruk yang membabitkan rakan baik,” katanya.
Katanya, sejak itu sering berasa kurang sihat dan badan menjadi lesu tanpa sebab.
“Saya juga merasakan diri tidak berguna dan bodoh.
“Orang melihat saya mengatakan saya kelihatan seperti tiada semangat dan pandangan mata kosong.
“Saya sudah tidak berminat melakukan beberapa aktiviti yang disukai sebelum ini,” katanya.
Siti berkata, dia cuba berikhtiar mendapatkan rawatan Islam dan dimaklumkan terkena sihir penunduk oleh rakan baik.
“Selepas mendapatkan rawatan ini, rakan baik mula menjauhkan diri secara tiba-tiba, tanpa sempat bertanya perkara sebenar dari padanya (sihir penunduk).
“Selepas beberapa kali proses rawatan, Alhamdulillah saya semakin pulih, tetapi tidak boleh lalai kerana perlu sentiasa melazimi bacaan doa,” katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd