Mimpi Makkah 2 Hari Berturut-Turut, Aisha Retno Mohon Diberikan Rezeki & Kesihatan Yang Baik – “Moga Ini Adalah Petanda”

Mimpi Makkah 2 Hari Berturut-Turut, Aisha Retno Mohon Diberikan Rezeki & Kesihatan Yang Baik – “Moga Ini Adalah Petanda”

Penyanyi berbakat, Aisha Retno mencuri perhatian selepas memaklumkan dia mengalami mimpi yang sama selama dua hari berturut-turut.

Kata Aisha, mimpi tersebut adalah mimpi berkenaan Tanah Suci Makkah.

“Saya alami mimpi mengenai Tanah Suci untuk dua hari berturut-turut.

“Inshaa-Allah one fine day jika diberikan rezeki dan kesihatan,” katanya.

Dalam pada itu, pemilik nama Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 25, berkata, menjejakkan kaki ke Tanah Suci merupakan antara impiannya.

Sekali gus berharap, ini adalah petanda untuknya berkunjung ke Makkah.

“My ultimate bucketlist! Cantik sangat mashaa-Allah.

“Tanah suci ni pun asyik FYP utnuk beberapa hari ni. Harap dan berdoa ini adalah petanda. Aamiin,” kongsinya.

Aisha berkongsi mengenai perkara itu menerusi muat naik di ruangan Instagram Story miliknya baru-baru ini.

Scroll to Top