Minamino sertai AS Monaco

Minamino sertai AS Monaco

PENYERANG Liverpool, Takumi Minamino melengkapkan perpindahan tetap ke kelab Ligue 1 Perancis, AS Monaco dengan bayaran yang dilaporkan sekitar 15.5 juta pound, kata kedua-dua kelab.

Pemain antarabangsa Jepun itu menandatangani kontrak selama empat tahun dengan The Monégasques kendalian Philippe Clement selepas dua tahun setengah di Liverpool yang menyaksikan dia dipinjamankan selama setahun ke Southampton.

Pemain berusia 27 tahun itu membuat 55 penampilan menjaringkan 14 gol dalam semua pertandingan semasa di Anfield.

Produk remaja Cerezo Osaka menghabiskan lima tahun di kelab peringkat teratas Austria Salzburg sebelum berpindah ke England.

“Dengan budaya kemenangannya, kebolehannya bermain di pelbagai posisi di atas padang dan statusnya sebagai pemain utama bersama pasukan kebangsaannya, kami yakin Takumi akan menyumbang kepada pembangunan pasukan muda kami,” kata pengarah sukan AS Monaco Paul Mitchell dalam satu kenyataan.

Untuk rekod, AS Monaco menduduki tempat ketiga dalam Ligue 1 musim lalu, memperoleh tempat dalam kelayakan untuk Liga Juara-Juara, pentas di mana Minamino pernah bermain sebelum ini untuk Liverpool dan Salzburg.

Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium

Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang