Gara-gara mudah mempercayai orang lain, duit yang dikumpul demi melakukan persediaan sebelum mendirikan rumah tangga sekelip mata akibat taktik ‘scam’.
Menerusi satu video luahan di aplikasi TikTok, Aimy Bakri menangis teresak-esak di dalam kereta apabila mengetahui dirinya ditipu mengenai duit sewa dan deposit rumah.
@aimyy_bakri Tabah ye 😢ujian nk kahwin #fypシ #tiktokviral
Tidak mendedahkan jumlah kerugian dialami, gadis itu menyifatkan ia sebagai ujian dan mengakui menyusahkan bakal suami yang telah berusaha menyediakan rumah untuk mereka diami selepas berkahwin.
“Minggu depan nak nikah, kena scam. Habis lesap duit sewa dan deposit rumah. Kesian bakal suami banyak keluar duit.
“Tahu penat dia macam mana nak cari rumah, nak selesakan kita selepas kahwin. Awak dah buat yang terbaik untuk kita, maaf susahkan awak,” kata Aimy yang juga model fesyen muslimah.

Sementara itu, dia turut menasihati warganet agar tidak sewenang-wenangnya mempercayai mana-mana pihak selain menganggap kejadian tersebut adalah pengajaran supaya lebih berhati-hati pada masa akan datang.
“Untuk korang, jangan mudah percaya orang. Maaf aku tak boleh kawal (menangis) masa ni. Pengajaran untuk kami jugak lebih berhati-hati lepas ni,” ujarnya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet berharap Aimy dan bakal suaminya tabah dan sabar menghadapi dugaan berkenaan yang dikatakan sebagai ujian ketika proses bertunang.





Sumber: TikTok @aimyy_bakri




