
Johor Jewels (jersi merah jambu) memimpin minggu pertama carta NSL. – Foto NSL 2023
TERUJA, itu perkataan yang mahu saya gunakan pada minggu pertama NSL 2023.
Edisi ketiga ini telah memberikan satu impak yang besar kepada seluruh peminat bola jaring di tanah air.
Minggu pertama telah menyaksikan 10 perlawanan yang telah meletakkan Johor Jewels di tangga teratas diikuti oleh Kl Wildcats, Perak Pheonix, Terengganu Marvels, Putrajaya Dynamites, Selangor Angels, Pahang Tulips dan Negeri Sembilan Venom.
Seramai 11 atlet import dalam NSL 2023 telah berganding bahu memberikan kemenangan untuk pasukan masing-masing. Kehadiran atlet import ini juga telah mengubah banyak mutu sukan bola jaring tanah air.



