Minta dan terima rasuah RM50,000, bekas pengurus bank ditahan

Minta dan terima rasuah RM50,000, bekas pengurus bank ditahan

nfazlina@nstp.com.my

Kota Bharu: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan menahan bekas pengurus bank dipercayai meminta dan menerima rasuah sebanyak RM50,000, hari ini.

Lelaki berusia 50-an itu ditahan jam 3 petang tadi ketika hadir di pejabat SPRM di sini untuk diambil keterangan.

Sumber berkata, bekas pengurus bank berkenaan dipercayai meminta dan menerima rasuah sebanyak RM50,000 daripada pelanggannya dengan alasan membiayai program membabitkan bank sejak 2022.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kelantan, Rosli Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan lelaki berkenaan.

Katanya, lelaki terbabit ditahan mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Kota Bharu untuk mendapatkan perintah tahanan reman,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top