“Minta Siapa-Siapa Yang Pandai Pulihkan Dewan MBSA” – Ustaz Kongsi Detik Tarik ‘Gangguan’ Dari Amad | Trending – Oh! Media

“Minta Siapa-Siapa Yang Pandai Pulihkan Dewan MBSA” – Ustaz Kongsi Detik Tarik ‘Gangguan’ Dari Amad | Trending – Oh! Media

Trending

Katanya, Amad tiba-tiba rebah sebelum mula menyanyi sedangkan sebelum itu sihat.


Selepas tular insiden peserta Talk To My Manager (TTMM) Amad tiba-tiba pengsan ketika membuat persembahan di Dewan MBSA, kini timbul pula perkongsian daripada seorang individu mendakwa turut berada di lokasi kejadian untuk membantu.

BACA: “Tempat Tu Memang Berhantu” – Syada Amzah Kongsi Pengalaman Seram Di Lokasi Sama Amad Rebah

“Sebelum itu dia sihat, tapi tiba-tiba lembik lutut…”

Menerusi perkongsian video di Instagram Perubatan Islam Al Mujahidin, ustaz berkata dia berada di situ bagi memberi sokongan kepada rakan artis Shuib.

Namun, situasi bertukar cemas apabila Amad dikatakan tiba-tiba tumbang dan lembik lutut sebelum sempat membuat persembahan.

Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi. Sebelum itu dia sihat, dan medic juga ada di situ check adik Amad normal dan sihat. Lepas tarik keluar gangguan tersebut, adik Amad boleh bangun dan berjalan serta semangat cuba naik pentas semula nak nyanyi.

Beliau mendakwa keadaan itu mungkin disebabkan oleh gangguan yang mengganggu semangat Amad sejurus tiba gilirannya untuk menyanyi.

“Budak mana mampu nak lawan”

Amad

Tambahnya lagi, selepas Amad berjaya menyanyi, dia sekali lagi rebah dan pengsan. Ustaz menjelaskan bahawa selepas itu, mereka cuba memulihkan Amad dan adiknya, sebelum menasihatkan agar dewan tersebut ‘dipulihkan’ kerana bimbang kejadian serupa berulang.

Dalam masa sama, Ustaz Mujahidin turut mendoakan agar Amad kembali pulih dan diberikan kekuatan selepas insiden mencemaskan itu.

Pssttt! Kalau tengok situasi ni, memang ramai yang mula kaitkan dengan unsur mistik. Tapi apa pun, Oh! Media harap Amad diberi rehat secukupnya dan kembali sihat seperti biasa. 

Kredit: Instagram Perubatan Islam Almujahidin
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top