Dubai: Mirra Andreeva melangkah ke pusingan ketiga Kejohanan Tenis Dubai selepas menerima kemenangan percuma susulan penarikan diri Daria Kasatkina akibat kecederaan pinggul.
Pemain remaja Rusia itu yang menerima bye pusingan pertama bakal menentang sama ada Ella Seidel dari Jerman atau Jaqueline Cristian dari Romania bagi perebutan tempat ke suku akhir.
Belinda Bencic turut mara tanpa beraksi selepas pemain Republik Czech, Sara Beljek menarik diri kerana kecederaan abdomen.
Dalam aksi lain, pilihan keempat dari Amerika Syarikat, Jessica Pegula, mudah menewaskan Varvara Gracheva 6-4, 6-0 untuk mara ke pusingan 16 terbaik dan bakal berdepan rakan senegara, Iva Jovic.
Kejohanan di Dubai yang juga antara 10 acara bertaraf WTA 1000 terjejas dengan penarikan diri pemain nombor satu dunia, Aryna Sabalenka serta juara enam kali Grand Slam, Iga Swiatek.
Pilihan kedua, Amanda Anisimova, turut menerima kemenangan percuma sebelum ini.
Sementara itu, Coco Gauff dijadual memulakan kempen menentang Anna Kalinskaya dari Rusia.
© New Straits Times Press (M) Bhd




