Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri mencuri tumpuan apabila menunaikan hasrat anak sulungnya, Ammar Ahyan untuk bertemu penyanyi bersuara lunak, Misha Omar.
Menerusi perkongsian di Instagram (IG) miliknya, Aliff memuat naik video memaparkan momen anaknya itu bertemu Misha, yang merupakan salah seorang penyanyi kegemarannya.
“Sebenarnya, Ammayan (panggilan anak Aliff) adalah peminat fanatik Misha Omar. Dia ada bagi tahu kalau boleh nak jumpa Misha.
“Sebagai seorang abah, saya cuba yang terbaik. Tak sangka dia (Misha) sudi berkumpa dengan Ammar.
“Malam itu adalah memoti terindah bila boleh berjumpa dengan artis kesukaannya,” katanya.
Dalam masq sama, Aliff turut sempat memuji keperibadian Misha yang sangat merendah diri, yang dianggap sebagai salah satu punca mengapa penyanyi balada ini bertahan lama dalam industri muzik.
“Apa pun Misha Omar ni memang artis yang humble, baik dan juga peramah patutlah boleh main bertahun dalam industri ni.,” katanya.

Sebelum ini, Ammar meraih tumpuan ramai apabila secara spontan menyanyikan lagu Misha berjudul ‘Break’.



