Misi Berselawat Selama 40 Hari Hampir Selesai, Ruhainies Syukur Dikurniakan Banyak Nikmat – “Lagi 7 Hari Tapi Dah Rasa Perbezaan”

Misi Berselawat Selama 40 Hari Hampir Selesai, Ruhainies Syukur Dikurniakan Banyak Nikmat – “Lagi 7 Hari Tapi Dah Rasa Perbezaan”

Pelakon sensasi, Ruhainies berkongsi perasaan penuh kesyukuran apabila dia sudah mula merasai nikmat kurniaan Sang Pencipta setelah memulakan misi berselawat sebanyak 1,000 kali selama 40.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Ruhainies memaklumkan dia lagi seminggu mahu mendapai genap 40 hari konsisten berselawat.

“Hari ini saya baru 33 hari, lagi 7 hari. Doakan saya. Alhamdulillah, walaupun belum cukup 40 hari, tapi saya dah boleh rasa perbezaan.

“Banyak nikmat yang diterima. Tak perlu saya nak berkongsi dari segi apa, cukup hanya saya dan Allah SWT mengetahui,” tulisnya.

Ruhainies berkata demikian bagi menjawab persoalan pengikutnya berdasarkan pautan Ask Me A Question di Instagram pada Isnin.


Pada 11 November lalu, Ruhainies mengajak pengikutnya untuk berselawat 1,000 kali selama 40 hari.

Sebelum ini, Ruhainies menafikan khabar angin mendakwa dirinya berkahwin dengan aktor, Zul Ariffin.

Artikel Berkaitan: Ruhainies Nak Capai Misi Berselawat 1,000 Kali Sehari

Scroll to Top